Monday, December 17, 2012

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

http://3.bp.blogspot.com/--AUw2kOy-xk/T0z35bQWj3I/AAAAAAAAFG8/xiyGM8dec9w/s400/kisahbenar-curang.png
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok. “Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk. “Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin. “Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai. Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. “Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin. “Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam. “Entahlah.” katanya perlahan, ” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya. “Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya. “Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya. “Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin. Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut “Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin. Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku. “Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu “Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”. Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. “Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin. “InsyaAllah.” Balas saya. Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati. “Apa yang dia cakap masa meracau tu?” “Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya. “Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung. Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. “Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. “Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding. “Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”. “Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin. “Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. “Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan. “Keluar lendir bercampur nanah.” Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu. Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya. “Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.” “Kalau macam tu, baguslah,”kata saya. Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. “Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin. Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. “Ustaz,”katanya, “Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu” “Kenapa?”pantas saya bertanya… “Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya. Saya tanya “Kenapa?” Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. “Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.” Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. “Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. “Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.” Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.” “Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik. “Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut. “Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. “Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali. “Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. “Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia. “Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan. Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa. 

SUMBER: http://myfriends2u.com/blog.php?user=profmaniax&blogentry_id=9758

Sunday, December 9, 2012

Berita yang tak layak dilayan...

Ini adalah pencerahan dari akaun FB seorang anak muda Fais Al-Hajari, yang saya kenal sebagai pelajar terbaik Sekolah Sains Muzaffar Shah Melaka;“orang ramai pegang nadir bumi bukti lynas selamat” – utusan. Nak kata bengong, marah – tp mmg bengong pun. Korg pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok. Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil. Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suh belajo kimia, xnak. Mcm ko pegang bom la. Mati x pegang bom? Mana mati. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuma ko tarik pin dia tgk. Masa tu cepat2 la taubat. Sebab bila ko tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil. Cuba la cerdik rakyat malaysia. Jgn la dok diperbodohkan org.

Jangan sampai keselamatan penduduk terjejas sudahlah. Janganlah terlalu tamak mencari pelabur dan fulus. 

Tuesday, December 4, 2012

Kepentingan Menabung

Menabung untuk Kebahagian Masa Depan
Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Faedah Menabung
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.
Meningkatkan Pendapatan
Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.
Meningkatkan Kualiti Hidup
Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:
 Saving CampaignMembiayai Pendidikan
Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.
 Saving CampaignMembeli Rumah
Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.
 Saving CampaignTanggungjawab Berumahtangga
Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.
 Saving CampaignMembeli Barang Keperluan
Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.
 Saving CampaignKeselesaan Hidup dalam Persaraan
Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.
 Saving CampaignMenyediakan Payung
Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.
 Saving CampaignBerdikari dari Segi Kewangan
Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.
Menabung melalui Amalan Berhemat
Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.
 Saving CampaignBerjimat Cermat
Kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan.
 Saving CampaignMerancang Perbelanjaan
Jikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung.
 Saving CampaignAmalan Bersederhana
Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalakan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.

Terbitan ini dibiayai oleh bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat insurans. 

Diedarkan secara percuma 
Diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia

Friday, November 30, 2012

Hadiah Percutian Mewah tu...

Assalamualaikum...

Sedikit makluman kepada sahabat yang kreatif dan meminati seni lukisan. Anda boleh mencuba dalam Pertandingan yang di bawakn oleh Petronas. Hadiah yang Istimewa menanti anda. Hanya sertainya online Disini.

Wednesday, November 28, 2012

Cabaran apa Ni PM nak bg RM100000??

Lihat gambar dibawah.... Cabaran apa ni?? ada sapa tau? saya masih tak paham.. Tapi kalau ada peluang menang 100k memanglah nak. Gambar dibawah di petik dari laman web ini communities.challenge

Sila komen jika anda memahami. Terima kasih..


Anda Mungkin Meminati...

Tuesday, November 27, 2012

Cun? Apa yang Cun? Awek ke CUN?? JOm terjah

Dalam banyak benda yang kita nak mesti nak yang CUN. Mai plak cerita pasai cun nak tau klik gambar dibawah... kaw punya cun...


Monday, November 26, 2012

Lajenda Budak Setan 2

Filem lajenda budak setan telah menemui peminatnya bengitu jugak ombok rindu... bagaimana pula Lajenda Budak setan 2?? Yang berminat dengan filem yang paling sedih 2012 ni boleh lihat promonya klik pada gambar dibawah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...