| Menabung untuk Kebahagian Masa Depan
Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Faedah Menabung
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.
Menabung melalui Amalan Berhemat
Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.
|
Terbitan ini dibiayai oleh bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat insurans.
Diedarkan secara percuma
Diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia
Diedarkan secara percuma
Diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia




