Sunday, November 11, 2012

Apa Khabar Worldshopperlinks?

Saya adalah mendengar WSL yang popular dan sangat menguntugkan ini sedang menghadapi masalah sekarang, iaitu ia tidak boleh withdraw duit. Telah saya andaikan dahulu bahawa skim seperti ini sangat berisiko dan tidak mampu bertahan lama. Ada yang membuat andaian bank negara telah sekat seperti mana Geneva. Sedarkah mereka bahawa skim sperti ini hanya akan hidup apabila ramai yang sertai kerana ia memusingkan wang dari peserta. Apabila sudah tiada lagi orang baru atau mangsa baru mereka tiada sumber lain untuk memberi wang kepada ahli yang kemudian, yang diberikan hanyalah dalam akaun diatas kertas, hakikatnya duit yang sebenar tiada. Bagaimanalah seorang yang baru berjinak dengan perniagaan internet sanggup mengeluarkan Rm2400 semata-mata hendak untung mudah. Mengapa kita perlu membayar untuk klik iklan? mengapa kita dibayar selepas klik iklan yang di wajibkan klik? workshopperlinks sebenarnya tiada apa-apa bisnes tiada apa-apa keistimewaan dan dasyat lagi perkataan worlshopperlink tiada dalam kamus.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...